Wednesday 5 September 2012

Mahu menulis tesis dengan pantas?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Saya meneliti satu blog dengan sangat khusyuk. Lupa pula saya ketahuinya di mana, tapi ramai yang sudah menyebut-nyebut nama Dr. OT. E-booknya saya terus dapatkan dan memeasang niat untuk mengikuti bengkel yang dianjurkan beliau.

Alhamdulillah, 4 September 2012 (semalam) saya berpeluang menghadiri Bengkel Sehari Penulisan Pantas Tesis di DKAP, UPM. Sudah mendaftar sejak bulan Ramadan lagi dan saya dengar bahawa banyak permohonan yang terpaksa ditolak kerana peserta sudah penuh.

Bak kata seorang peserta di belakang saya: "Tak sia-sia aku datang!"

Ya, itulah perasaan kami semua. 

Dr. OT banyak berkongsi rahsia dan pengalaman beliau sendiri. Satu tahun sepuluh bulan adalah satu keajaiban untuk menyiapkan ijazah kedoktoran, dan itu hanya boleh dilakukan oleh mereka yang genius seperti beliau. Kami dikongsikan dengan pelbagai tips dan langkah demi langkah. Di antaranya ialah tanggungjawab dan peranan sebagai seorang pelajar dan penyelia. Beberapa istilah juga diperkenalkan seperti 1File1Thesis, DIRDIO, CWYR, DMIRMIW, RFOT dan banyak lagi. Semua istilah ini telah diperkenalkan di dalam blog beliau di http://drotspss.blogspot.com

Saya paling suka apabila beliau mengajar tentang konsep Zero Draft. Semua langkah untuk menulis dengan pantas diajar dengan baik. Barulah kini saya mengerti bahawa tidak effisiennya saya ketika menulis tesis master dua tahun yang lepas.

Ok, mahu menulis tesis dengan pantas?

Seperti yang saya maklumkan di FB, saya sangat menggalakkan rakan taulan dan sahabat handai untuk turut mengikuti bengkel dan membeli e-book beliau. Ia sangat bermanfaat. Doa saya agar Allah melimpahkan rahmat ke atas Dr. OT sekeluarga dan memberkati segala ilmu yang telah dikongsikan bersama.

 Muka saya ada terselit di dalam dua gambar ini. Dipetik daripada blog Dr. OT.

Perkongsian Dr. OT tentang bengkel semalam boleh dibaca di SINI. Oh! beliau telah memetik kata-kata yang saya tulis di laman FB saya. Terima kasih Dr!

Gambar ini saya petik sendiri. Jazakallahukhayraljaza' Dr.!


Ok, jom praktiskan apa yang telah diajar!

No comments:

Post a Comment